Please follow this link. Kebaya Nyonya by Ole Kebaya: Kebaya Nyonya Purple dan Hari Raya

Click here to show your support!

Sunday, October 2, 2011

Kebaya Nyonya Purple dan Hari Raya

Hi Semua..

Harap-harap masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada kawan-kawan, customers Ole Kebaya, kenalan dan semua muslimin dan muslimat yang membaca dan mengikuti perkembangan blog ini.. Saya baru ada kesempatan nak menulis skek.. :)

Hari Raya memang hari yang gembira buat semua terutama anak-anak kecil kerana dapat menggayakan pakaian yang cantik-cantik.. Anak-anak saya pon tidak ketinggalan menggayakan kebaya koleksi kami. Memang sangat cantik dan manis. Tahun ini, kami memilih purple theme, macam biasa tone purple kami berbeza supaya gambar/photo nampak meriah ada ada variasi warna.

Saya memakai kebaya dark purple dengan sulaman bunga berwarna pink, manis sekali. Kebaya warna ini memang susah didapati. Tahun ini, ada sehelai sahaja dalam koleksi. Maaf yer kepada sesiapa yang kempunan.. saya sapu dulu..:) Sarung adalah dari range batik prada (batik prada adalah batik dengan cetakan gold daripada Indonesia) memang cantik sekali.

Anak-anak memakai kebaya purple dengan rona pink..cute dan manis sekali! Sarung daripada kain batik dengan warna yang berbeza untuk menampakkan variasi antara keduanya. Masing-masing happpy sangat sampai taknak salin baju, pakai dari pagi sampai ke malam.. so adorable!

Kebaya Kakak Aesya di alter sedikit di bahu dan badan kerana size badan yang agak kecil.
Dyja yang happy dapat pakai baju cantik..Kebaya Dyja langsung tidak di alter sebab badannya agak gempal..
Kepada customers yang membeli kebaya kami, harap berpuas hati dan boleh beli lagi untuk sambutan Hari Raya tahun hadapan.. Tetapi kena beli awal, sebab semakin dekat raya, semakin susah untuk mendapatkan stok.. takut kempunan nanti.

No comments:

Post a Comment