Please follow this link. Kebaya Nyonya by Ole Kebaya: Pre-Order Kebaya Nyonya Melaka

Click here to show your support!

Wednesday, April 10, 2013

Pre-Order Kebaya Nyonya Melaka


Pre-Order Kebaya Nyonya Melaka di sini bukan bermaksud tempah kebaya yer.. 
Pre-order means, customer bayar deposit then pihak Ole Kebaya akan tgkkan kebaya based on warna dan ukuran badan yang customer berikan. 
Deposit perlu ada untuk memastikan commitment dari customer dan saya--- saya sediakan service utk mencari kebaya anda dan anda tidak akan menjadi sebahagian statistik "back out" buyer.

Di bawah ni Cara-cara dan T&C untuk Kebaya Nyonya Pre-Order  Basis.. Sila baca dan jika setuju, kita boleh proceed dengan urusniaga..

1. Nyatakan warna kebaya yang anda mahu (Merah, Pink, Light Blue, Hitam, Maroon - kalau berdasarkan warna asas lagi mudah). Sulam yang paling cantik dan kemas shj yang akan akan dipilih. Kalau customer nak tentukan sulam agak susah sebab ia bergantung kepada stock di supplier.
2. Tentukan size kebaya (Kalau bagi ukuran badan lagi senang- bahu, lilit dada, lilit pinggang, labuh tangan (dari bahu ke tulang pergelangan tangan), labuh sarong.. then bagitau nak pakai longgar or muat2)
3. PM semua butiran di atas termasuk Nama, Postal Address dan hp no.
4. Confirmation order akan diberikan beserta jumlah deposit (60% dari total price) yang perlu dibayar.
5. Kami akan check dengan supplier availibility kebaya berdasarkan anggaran size kebaya sesuai dengan ukuran badan anda.
6. Proses pengambilan kebaya pre-order dari supplier akan dilakukan setiap hujung minggu: Size sebenar kebaya akan di check berdasarkan ukuran badan yang di berikan.
7. Jika kebaya anda ada, gambar akan di upload dlm album (https://www.facebook.com/media/set/?set=a.342746712469890.77203.153010208110209&type=3)  beserta ukuran sebenar kebaya. Baki pembayaran perlu dijelaskan. (Pada tahap ini, deposit tidak akan dipulangkan sekiranya costumer membatalkan pembelian kerana pada tahap ini, work has been done dan kebaya itu tidak boleh dipulangkan kembali kepada supplier)
8. Proses pengeposan akan dilakukan setelah menerima confirmation pembayaran dari anda.

 Jika kebaya anda tiada;
- boleh tunggu sehingga stok baru tiba, atau
- deposit anda akan dipulangkan semula.
Terpulang kepada anda..

9. Kebaya akan dihantar kepada customer menggunakan POS LAJU kecuali atas permintaan customer untuk menggunakan perkhidmatan pos yang lain (Postage fee perlu dibayar oleh customer).
10. Tracking number akan diberikan kepada customer setelah kebaya dipos.

Sila email ke kebayaolekebaya@facebook.com untuk sebarang pertanyaan.

Terima kasih,
Fifa (Ole Kebaya)

No comments:

Post a Comment