Please follow this link. Kebaya Nyonya by Ole Kebaya: About Ole Kebaya

Click here to show your support!

About Ole Kebaya


OLE KEBAYA ditubuhkan oleh Fifa dan suami dan ia adalah perniagaan yang didaftar dengan SSM di bawah no pendaftaran MA0161777-W pada 16 Ogos 2011.

Photobucket

OLE KEBAYA menjual Kebaya Nyonya Dewasa, Kebaya Nyonya Kanak-kanak, Kain Sulam Kebaya Nyonya, Kain Batik, Pareo dan Kerongsang pada harga yang berpatutan. Terdapat pilihan kebaya Nyonya Ready Made (Kebaya Nyonya Pendek dan Kebaya Nyonya Labuh) dan Non-Ready Made sesuai dengan kehendak anda.

Kebaya ini adalah original KEBAYA NYONYA MELAKA. Fabrik kebaya yang terdiri daripada fabrik Swiss Voile, Indian Voile, Kasa Rubiah atau Cotton disulami sulaman tangan yang indah bermotifkan flora dan fauna. Antara motif-motif sulaman yang menarik termasuklah motif bunga raya, teratai, kekwa dan bunga ros disamping sulaman merak yang ekslusif.

Potongan kebaya nyonya boleh di variasikan tidak terhad kepada kebaya Kebaya Nyonya Pendek. Sebagai contoh, Kain Sulam Kebaya Nyonya boleh dijahit sebagai Kebaya Nyonya Labuh, Kebaya Nyonya dengan Lengan 3/4, Kebaya Nyonya Lengan Besar dan Kebarung.

Kebaya Nyonya boleh dipadankan dengan kain batik dan pareo. Kain batik yang dijual melalui kedai online kami adalah ready made atau non ready made. Kain Batik terdiri daripada kain batik dari Malaysia (Batik Terengganu) dan Indonesia (cth: Adinda dan STS), yang tercantik dan terbaik untuk disesuaikan dengan kebaya anda. 

Idea untuk menubuhkan blogshop ini tercetus untuk berkongsi minat memiliki dan memakai kebaya nyonya yang tidak lapuk ditelan zaman dan berkongsi kecantikan sulaman kebaya nyonya ini.

Diharap anda berpuas hati dengan produk dan servis kami.

Sekian, Terima Kasih

Fifa, Ole Kebaya